fb fb fb fb fb

Pembukaan sempadan negara,utamakan keselamatan rakyat

(FOTO BERNAMA)

IPOH, 22 Mac - Keselamatan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan apabila sempadan negara dibuka semula, mulai 1 April ini.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata panduan amalan baik yang dilancarkan sebelum ini akan terus dipraktikkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Selain itu katanya, penguatkuasaan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lebih tegas juga akan dilaksanakan.

"Walaupun sempadan dibuka, standard dan prosedur untuk manjaga keselamatan dan keharmonian pelancong yang datang masih lagi menjadi keutamaan kerana orang akan memilih lokasi yang difikirkan selamat.

"Jadi mungkin jika tiada penjarakan, mungkin kita tidak benarkan untuk mengadakan dalam kapasiti yang penuh," katanya selepas merasmikan Program Jerayawara Dasar Kebudayaan Negara serta Hari Seniman Negara peringkat negeri Perak.

(Datuk Nolee Ashilin merasmikan Program Jerayawara Dasar Kebudayaan Negara
serta Hari Seniman Negara peringkat negeri Perak di Ipoh)

Beliau turut mengingatkan pemain industri pelancongan agar kekal menitikberatkan SOP dan meningkatkan mutu perkhidmatan selepas pembukaan sempadan negara.

Dalam perkembangan lain, Datuk Nolee Ashilin berkata Tiada halangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melaksanakan penggunaan tulisan Jawi di papan tanda dan iklan di kawasan masing-masing.

Bagaimanapun ia perlu mendapat persetujuan komuniti setempat terlebih dahulu sebelum dilaksanakan. Katanya, setakat ini, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) dan Majlis Daerah BatuĀ Gajah (MDBG) telah melaksanakan pendekatan tersebut.

"Kerajaan negeri tidak mempunyai halangan sekiranya kerajaan tempatan telah mendapat sokongan daripada penduduk. Setakat ini saya tidak mendapat apa-apa aduanlah berkenaan untuk mengadakan tulisan jawi di dalam papan tanda ataupun di dalam papan tanda sedia ada," katanya.

Media Baharu