fb fb fb fb fb

Pembukaan sempadan negara 1 April, senarai SOP lebih terperinci dibuat

KUALA LUMPUR, 22 Mac - Senarai Prosedur Operasi Standard (SOP) pembukaan sempadan negara secara lebih terperinci akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid berkata, SOP itu termasuk di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) di darat dan laut.

"Keputusan pembukaan sempadan negara ini diputuskan dibuka pada 1 April 2022 berlandaskan kepada tiga perkara asas iaitu pertama, ia berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19, Kedua, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara-negara lain; dan ketiga, memberi keselesaan kepada pengembara dan tidak merumitkan perjalanan mereka. Paling penting, Malaysia sekarang adalah destinasi terbuka dan boleh dikunjungi semua," menurut Mastura.

(Mastura menjawab pertanyaan wakil Bagan, Lim Guan Eng dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat)

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lalu mengumumkan bahawa negara akan memasuki Fasa “Peralihan ke Endemik” berkuatkuasa 1 April 2022.

Selari dengan langkah Fasa “Peralihan ke Endemik” ini, kerajaan juga telah memutuskan supaya sempadan negara turut dibuka semula pada 1 April ini.

Media Baharu