fb fb fb fb fb

Konvoi kereta mewah, 10 individu akan dipanggil bantu siasatan

JOHOR BAHRU, 22 Mac - 10 individu dipercayai terlibat dalam insiden langgar konvoi kereta mewah yang tular baru-baru ini, akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan membabitkan kesalahan memandu secara melulu, memukul dan membuat halangan di jalanraya.

(Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat)

"Semua yang terlibat akan dipanggil termasuklah pemandu kereta 4x4 itu kita sudah panggil, telah tahan dia dan juga yang lain," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow memaklumkan, menahan pemandu wanita berumur 28 tahun berhubung insiden berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu