fb fb fb fb fb

Pembubaran Parlimen disambut baik, kembalikan mandat kepada rakyat - Annuar Musa

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menyambut baik pengumuman pembubaran parlimen hari ini.

Ia selaras amalan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.


(Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa)

Tan Sri Annuar menerusi kenyataan di laman sosialnya berkata, kuasa memilih kini dikembalikan kepada rakyat.

Beliau mengajak semua pihak sama-sama menunaikan tanggungjawab membentuk kerajaan yang kuat dan stabil.

Ini bagi menumpukan sepenuh perhatian dan keupayaan mengharungi cabaran mendatang.

Terutama untuk membina semula ekonomi dan memacu negara serta kesejahteraan hidup rakyat.

Sekali gus membina Malaysia yang lebih baik.

Media Baharu