fb fb fb fb fb

Pembubaran Parlimen, bentuk kerajaan persekutuan stabil, selari kerajaan negeri - MB Johor

Foto Bernama

JOHOR BAHRU, 10 Oktober- Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyambut baik pembubaran parlimen hari ini yang disifatkan sebagai memulangkan mandat kepada rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan yang stabil selari dengan kerajaan negeri.

Beliau berkata, Johor melalui pilihan raya negeri enam bulan lalu dan berjaya mencapai beberapa kejayaan ekonomi, pelaburan, pelancongan dan sukan dalam tempoh singkat.


(Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi)

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat memilih kerajaan persekutuan yang selari dengan kerajaan Johor pada pilihan raya umum nanti.

Katanya, keselarian kerajaan membolehkan Johor boleh menerima banyak peruntukan dan bantuan daripada persekutuan.

Ia bagi membantu usaha pembangunan negeri sekali gus mencapai status negeri maju menjelang 2030.

Media Baharu