fb fb fb fb fb

TNB, SPRM meterai MoU perkukuhkan integriti organisasi

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengukuhkan integriti organisasi sejajar dengan komitmen terhadap Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Indera Ir. Baharin Din dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 4 Oktober lalu bagi membolehkan kedua-dua organisasi mengadakan pelbagai aktiviti bersama bagi tempoh lima tahun.

"MoU itu bagi mengukuhkan lagi kerjasama sedia terjalin antara TNB dengan SPRM sekali gus memperluas perkongsian maklumat dan kepakaran.

"Selain itu, kerjasama ini akan menambah baik sistem dan prosedur TNB, pelaksanaan operasi pengesanan bersama dan program kesedaran serta latihan," kata Baharin kepada RTM.

SPRM juga bersedia berbincang lanjut bagi melaksanakan pelbagai usaha berkaitan dalam membantu TNB membanteras kegiatan kecurian elektrik oleh sindiket-sindiket perlombongan bitcoin.


(TNB, SPRM meterai MoU perkukuhkan integriti organisasi)

Media Baharu