fb fb fb fb fb

Sekatan eksport ayam dilonggarkan, kebenaran secara berfasa

PUTRAJAYA, 10 Oktober- Kerajaan membenarkan semula aktiviti mengeksport ayam hidup pedaging secara berfasa mulai esok.

Sekatan eksport dilonggarkan bermula dengan 50% atau 1.8 juta ekor ayam sebulan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam kenyataannya berkata, Jemaah Menteri membuat keputusan itu berikutan bekalan ayam di pasaran tempatan yang mulai stabil pada suku tahun ketiga dengan kadar purata lebihan pengeluaran 1.8 juta ekor sebulan.

"Melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) akan terus memantau bekalan ayam dalam negara serta pelaksanaan pengeksportan ayam hidup pedaging.

"Ia melibatkan hampir 100 ladang pengeksport melalui mekanisme pemantauan yang telah dibangunkan," menurut kenyataan itu.

(Eksport ayam sekatan dilonggarkan, eksport ayam bermula secara berfasa)

Media Baharu