fb fb fb fb fb

Pembinaan LRT Pulau Pinang Fasa 1 mula hujung tahun

(FOTO RTM)

GEORGETOWN, 30 Mei-Pembinaan projek Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) bagi fasa pertama di Pulau Pinang dijangka bermula akhir tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan Persekutuan ingin melaksanakan projek tersebut dengan kadar segera agar fasa pertama projek itu boleh disiapkan dalam tempoh lima tahun.

Tambah Loke, jajaran LRT itu bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) hingga Tanjung Bungah berbanding jadual asal stesen terakhir di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

"kita juga telah mencapai persetujuan dengan kerajaan negeri untuk membina depoh LRT dalam kawasan sedia ada di bahagian Pulau bagi mempercepatkan proses pembinaan berbanding cadangan asal dibina atas kawasan tambak laut iaitu Projek Pulau Pinang Selatan (PSI)", katanya selepas meninjau kawasan Sia Boey yang mana merupakan lokasi cadangan bagi stesen LRT laluan Komtar.




(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook)


Media Baharu