ALOR SETAR, 30 Mei-Kementerian Dalam Negeri, KDN memperuntukkan sebanyak RM2.385 juta bagi membaik pulih dua penjara dan beberapa Pejabat Parol Daerah (PPD) di Kedah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM1.7 juta diperuntukkan kepada PPD di beberapa daerah seperti Langkawi, Sungai Petani Kota Setar, Pokok Sena dan Langkawi bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan.
Manakala RM685,000 disalurkan bagi pembaikan kuaters di Penjara Alor Setar dan Sungai Petani bagi keselesaan kakitangannya.
"Ini sebahagian daripada usaha kita untuk menjaga kebajikan kakitangan.
"Saya mahu memastikan semua agensi dan jabatan di bawah KDN di beri perhatian sewajarnya", katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ramah Mesra bersama warga Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Kedah, di sini petang tadi.


(Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah)