fb fb fb fb fb

Pembinaan Kilang EV PROTON: Pelaburan masa hadapan, komitmen teknologi hijau

Foto Bernama

TANJUNG MALIM, 7 Februari - Pembinaan Kilang Kenderaan Elektrik (EV), PROTON di sini bukan sekadar sebagai fasiliti kilang pemasangan sebaliknya merupakan pelaburan masa hadapan.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pembinaannya juga mencerminkan komitmen kerajaan negeri terhadap teknologi hijau dan kemajuan industri automotif negara.

Jelas beliau, pembinaan kilang baharu, fasiliti stamping dan gudangmoden yang dijadual siap pada 2026 bakal menjadikan PROTON sebagai pelabur terbesar di negeri itu.

Ia sekali gus memperkukuh peranan Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim sebagai pusat kecemerlangan automotif negara.

"Komitmen itu hadir bersama keyakinan bahawa negara mempunyai kelebihan dalam industri EV berdasarkan ekosistem automotif yang kukuh, kepakaran dalam semikonduktor dan elektronik automotif.

"Selain inisiatif kerajaan seperti pemasangan 10,000 stesen pengecasan EV menjelang 2025," Saarani beliau berucap pada Majlis Pecah Tanah Kilang Kenderaan Elektrik (EV) PROTON di sini, pagi tadi.

Jelasnya, keunikan tersebut bukan sahaja memberi kelebihan daya saing tetapi turut menarik pelaburan strategik dari syarikat automotif utama seperti PROTON.

TETITIA YUSOFF