fb fb fb fb fb

Pembiayaan IPR dijangka mula disalur pada April

TAPAH, 28 Mac- Pembiayaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dijangka mula di salur pada April.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, K Saraswathy berkata, inisiatif diperkenalkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi itu dapat membantu golongan miskin tegar yang menerima bantuan peralatan atau baru menceburi pertanian menubuhkan koperasi bagi memulakan perniagaan.

Jelasnya, pendaftaran IPR telah mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih 22,000 orang telah mendaftar dalam tempoh satu bulan.

Katanya, pendaftaran itu diterima daripada keseluruhan 150,000 individu miskin tegar yang layak sejak inisiatif dimulakan pada Februari lalu.


(Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, K Saraswathy)

"Mereka yang menerima bantuan dari segi peralatan dan yang mereka yang ingin menceburi dalam pertanian boleh memulakan koperasi. Jadi akan ada satu usaha bersama tolong-menolong dan

"Itu boleh menjayakan usaha mengeluarkan mereka daripada kemiskinan tegar, apa yang dicadangkan oleh Menteri Ekonomi lebih bersasar kepada mereka dibawah paras kemiskinan tegar", katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Program Sentuhan Mesra Gerakan Koperasi dan Tautan Kasih Ramadan di Pertubuhan Kebajikan Yayasan Anak Yatim Piatu Darul Aitam, Temoh di Tapah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 berkata, kerajaan akan melaksanakan IPR dengan peruntukan sejumlah RM750 juta kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan bantuan berkenaan.

Program tersebut menyasarkan peserta meraih pendapatan antara RM2,000.00 hingga RM2,500 sebulan dalam tempoh pemantauan 24 bulan dan selepas itu dapat menjana pendapatan sendiri melalui hasil yang diperolehi.

Menerusi program itu, peserta boleh membuat permohonan IPR yang terdiri daripada kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

Media Baharu