Pembentukan sahsiah pelajar tanggungjawab bersama

PUTRAJAYA, 13 Oktober – Guru tidak harus dipersalahkan sepenuhnya apabila berlaku tingkah laku tidak bermoral dalam kalangan pelajar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tanggungjawab membentuk akhlak pelajar mesti dikongsi antara guru dan ibu bapa, bukan diletakkan sepenuhnya pada guru.
  • Sistem pendidikan kini terlalu menekankan ilmu tanpa cukup penerapan prinsip, etika dan nilai moral.
  • Pendidikan harus menumpukan pembentukan nilai moral dan prinsip selain daripada pencapaian akademik.

Sebaliknya tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, tanggungjawab membentuk akhlak pelajar perlu dikongsi bersama antara guru dan ibu bapa.

Beliau berkata sistem pendidikan negara yang diwarisi sejak sekian lama juga mempunyai ‘kecacatan’ kerana hanya menekankan aspek ilmu pengetahuan tanpa menerapkan prinsip, etika dan nilai moral dalam diri pelajar.

“Kelemahan ini menjadi antara punca berlakunya kes-kes tidak bermoral di sekolah seperti insiden buli dan rogol yang dilaporkan baru-baru ini.

“Pendidikan perlu memfokuskan pembentukan prinsip dan nilai moral selain pencapaian akademik,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini.