fb fb fb fb fb

Pembentukan kerajaan perpaduan disambut baik demi kestabilan politik dan ekonomi negara

LABUAN, 25 November-Pembentukan Kerajaan Perpaduan disambut baik demi kestabilan politik dan ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan rakyat.
 
Pengerusi Parti Amanah Labuan, Datuk Wira Dr Ramli Tahir berkata, pengalaman yang dimiliki oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bekas Menteri Kewangan mampu melonjakkan kembali ekonomi negara ke arah lebih baik.

"Jadi sudah tentulah saya mengharapkan dengan adanya kesepakatan dengan adanya.. kerajaan perpaduan ini ianya dapat merancang lebih baik lagi bagaimana untuk mengatasi masalah ekonomi kita dan saya sudah pasti dengan pengalaman yang ada pada Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tentulah beliau akan meneraju dan memacu semula ekonomi kita ke arah yang lebih.. mampan," katanya kepada media,



(Pengerusi Parti AMANAH Labuan, Datuk Wira Dr Ramli Tahir)

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Labuan.

Kerajaan perpaduan yang diusulkan oleh Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dianggotai Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) 

Terdahulu, Anwar, 75 tahun dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-10 memperkenan pelantikannya selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan

Media Baharu