fb fb fb fb fb

Final Piala FA: Perkhidmatan LRT stesen Bukit Jalil dilanjutkan

KUALA LUMPUR, 25 November- Operasi perkhidmatan LRT di Stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi pada 26 November 2022.

Ia berikutan perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada malam esok.

Menurusi kenyatan media yang dikeluarkan oleh pihak Prasarana, lanjutan ini bagi menyokong keperluan pengguna untuk menyaksikan perlawanan akhir TM Piala Malaysia.

"Pengguna diminta menggunakan kad TnG untuk kelancaran perjalanan dan operasi stesen-stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir," katanya.

Media Baharu