fb fb fb fb fb

Ibu Adly Zahari meninggal dunia

(Foto FB Adly Zahari)

DURIAN TUNGGAL, 25 November- Ibu kepada Ahli Parlimen Alor Gajah yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari iaitu Hajah Edah Puteh selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Durian Tunggal di sini selepas solat Jumaat tadi.

Allahyarham yang berusia 80 tahun meninggal dunia akibat kanser.

"Alhamdulillah, urusan pengebumian jenazah bonda YB Adly Zahari telah selamat disempurnakan jam 2.30 petang ini.

"Sama-sama kita doakan almarhumah Hajah Edah binti Puteh, bonda YB Adly Zahari ditempatkan bersama insan yang beriman dan beramal soleh. #Alfatihah," menurut perkongsian Facebook Adly Zahari.

Allahyarham meninggal dunia di Subang Jaya, Selangor pada pukul 7.00 pagi tadi.

Seramai kira-kira 100 orang tetamu hadir pada majlis pengebumian itu termasuk Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

 (Adly Zahari di Tanah Perkuburan Islam Durian Tunggal)

Media Baharu