Pembentangan RCI Tabung Haji dipersetujui bersama Jemaah Menteri – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim satu program audio siar khas bertajuk “Siapa Sebenarnya Anwar Ibrahim, Di Sebalik Gelaran PMX”

KUALA LUMPUR, 16 September- Keputusan membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) di Parlimen dipersetujui secara bersama oleh Jemaah Menteri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RINGKASAN BERITA AI
  • RCI berkenaan telah dibentuk sebelum beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
  • Laporan harus dinilai mengikut proses dan bidang kuasa institusi berkaitan; proses mengambil masa dan mesti dihormati.
  • Tindakan susulan terhadap pihak terlibat mestilah melalui siasatan agensi penguat kuasa serta saluran institusi berkaitan.

Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan laporan berkenaan dapat dibahaskan secara telus mengikut prinsip kedaulatan undang-undang.

“Keputusan membentangkannya di Parlimen dibuat secara bersama dalam Jemaah Menteri. Ia bukan keputusan peribadi saya.

“(Tujuannya) kita mahu isu ini dibahas secara telus mengikut prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya ketika menjadi tetamu khas sebuah program audio siar bertajuk ‘Siapa Sebenarnya Anwar Ibrahim, Di Sebalik Gelaran PMX’, hari ini.

Datuk Seri Anwar berkata RCI berkenaan telah dibentuk sebelum beliau memegang jawatan Perdana Menteri.

Dalam masa sama, beliau menegaskan perkara berkaitan laporan berkenaan perlu dilihat berdasarkan proses dan bidang kuasa institusi berkaitan.

“Proses itu mengambil masa dan perlu dihormati,” katanya.

Tambah Perdana Menteri, penentuan kesalahan dan tindakan terhadap mana-mana pihak bukan dalam bidang kuasanya.

“Bukan bidang kuasa saya untuk menentukan siapa yang salah atau siapa yang perlu diambil tindakan.

“Keputusan untuk mendakwa dibuat oleh Peguam Negara, manakala keputusan bersalah atau tidak adalah bidang kuasa mahkamah,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.