
KANGAR, 16 September – Lebih 1,000 pelajar dan tenaga pengajar Kolej Vokasional Kangar memeriahkan Program Jom TVET: Pilihan Utama Kerja Masa Hadapan.
- Kerjasama BPLTV, Kementerian Pendidikan dan Kolej Vokasional Kangar menjayakan program TVET.
- TVET ditekankan sebagai laluan pendidikan relevan memenuhi keperluan semasa pekerjaan masa hadapan.
- Program mengukuh kefahaman dan keyakinan murid terhadap TVET sebagai pilihan utama kerjaya.
- Lawatan ke Bengkel Seni Kulinari meninjau latihan amali dan persekitaran pembelajaran murid.
Program tersebut turut mendapat kerjasama Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Kementerian Pendidikan serta Kolej Vokasional Kangar.
Pengarah BPLTV, Zulkernai Fauzi, menerusi sesi amanat bertajuk “Hala Tuju dan TVET sebagai Pilihan Utama Kerjaya Masa Hadapan” berkata, penekanan diberikan terhadap kepentingan TVET sebagai laluan pendidikan yang relevan dengan keperluan semasa.
“Pendekatan diyakini mampu melahirkan generasi muda yang berkemahiran, berdaya saing serta bersedia memenuhi keperluan dunia dunia pekerjaan masa hadapan.
“Selain itu, program berkenaan menjadi platform penting dalam memperkukuh kefahaman dan keyakinan murid terhadap TVET sebagai pilihan utama kerjaya masa hadapan,” katanya menerusi satu kenyataan.
Dalam lawatan tersebut, beliau turut berkesempatan melawat Bengkel Program Seni Kulinari bagi meninjau pelaksanaan latihan amali serta persekitaran pembelajaran murid.
Kolej Vokasional Kangar, merupakan salah satu Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Perlis menawarkan 12 program kepada pelajar yang berminat mengikuti bidang kemahiran tinggi.