BUKIT TINGGI, 24 Jun - Projek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL dijangka mencapai 37 peratus menjelang akhir tahun ini walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran global.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata pihaknya optimis dapat mengatasi cabaran tersebut yang turut melibatkan kekurangan pekerja dan kos bahan binaan yang semakin meningkat.
(Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong)
"Kita ada mekanisma untuk mengatasinya. Jadi kita yakin untuk mengatasi masalah ini dengan harapan ia akan berakhir kerana akan memberi kesan jangka panjang," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kerja pengorekan Terowong Genting ECRL, di sini.
Tambah Wee, Ketika ini,kerja-kerja pembinaan telah mencapai 30 peratus setakat Mei lalu.