Pemansuhan AUKU: Manfaatkan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab

Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhamad Afizi Zazani Muddin / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) disambut baik mahasiswa, namun kebebasan bersuara yang lebih luas perlu dimanfaatkan secara bertanggungjawab dengan mengutamakan adab dan nilai.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penggantian AUKU dengan undang-undang baru perlu memastikan pergerakan mahasiswa terus diperkasa dan diberi ruang bersuara lebih luas.
  • Kebebasan bersuara mesti dimanfaatkan secara matang dan bertanggungjawab, tanpa mengetepikan adab, nilai serta kehormatan.
  • Penggunaan ruang kritikan dan penyertaan dalam isu semasa perlu memberi manfaat nyata kepada masyarakat.

Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhamad Afizi Zazani Muddin berkata, penggantian AUKU dengan undang-undang baharu penting bagi memastikan pergerakan mahasiswa terus diperkasa, termasuk memberi ruang lebih luas untuk menyuarakan pandangan dan terlibat dalam isu semasa.

Katanya, kebebasan yang diberikan perlu digunakan dengan sebaiknya tanpa mengetepikan batas adab dan nilai dalam menyampaikan pandangan.

“Apa yang saya harapkan apabila AUKU dimansuhkan adalah paling utama sekali mahasiswa semua gunakanlah ruang dan peluang ini untuk bersuara dengan sebaiknya.

“Dan jangan lupa, apabila diberikan ruang kebebasan untuk bersuara, jagalah adab dan juga nilai sebaiknya,” katanya kepada RTM selepas menjadi tetamu program bual bicara Selamat Pagi Malaysia, di sini, hari ini.

Afizi yang sebelum ini merupakan penerima Anugerah Utama Tokoh Siswa UPSI 2025 berkata, ruang kebebasan bersuara yang lebih terbuka perlu dimanfaatkan mahasiswa secara matang dan bertanggungjawab, tanpa mengetepikan nilai, kehormatan serta adab.

Menurutnya, pemerkasaan mahasiswa bukan sekadar memberikan kebebasan untuk bersuara, sebaliknya perlu disertai kematangan dalam menggunakan ruang tersebut bagi memastikan pandangan yang disampaikan membawa manfaat kepada masyarakat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.