
Kuala Lumpur, 17 Ogos – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersedia menyumbang pandangan serta kepakaran dalam usaha membangunkan kerangka perundangan baharu pendidikan tinggi bagi mengantikan cadangan pemahsuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).
- Rektor UIAM menyokong penuh pembaharuan perundangan untuk memperkukuh daya saing pendidikan tinggi negara di peringkat global.
- Langkah ini membuka ruang lebih luas kepada suara mahasiswa serta memperkukuh kebebasan akademik universiti.
- Transformasi perundangan dilihat sebagai peluang membentuk rangka yang progresif, adil dan memelihara integriti institusi.
- Kementerian Pendidikan Tinggi melaksanakan libat urus inklusif dengan universiti, ahli akademik dan mahasiswa bagi mencerminkan aspirasi serta keperluan.
Rektor UIAM, Professor Emeritus Datuk Seri Dr. Osman Bakar menyatakan sokongan penuh terhadap usaha tersebut bagi memperkukuh asas pendidikan tinggi negara supaya lebih berdaya saing di peringkat global.
Tambahnya, langkah ini dilihat sebagai perkembangan penting dalam memperbaharui landskap pendidikan tinggi negara, membuka ruang lebih luas kepada suara mahasiswa, memperkukuh kebebasan akademik serta memperkasa universiti sebagai pusat ilmu dan penyelidikan.
“Usaha menggantikan AUKU dilihat sebagai peluang membentuk kerangka perundangan progresif dan adil, sekali gus memelihara integriti institusi universiti serta memperkasa keupayaan menghadapi perubahan dinamik pendidikan tinggi,” katanya menerusi satu kenyataan.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut melaksanakan proses libat urus inklusif dengan kepimpinan universiti, ahli akademik dan mahasiswa bagi memastikan kerangka baharu mencerminkan aspirasi serta keperluan komuniti pendidikan tinggi.