fb fb fb fb fb

Pemandu van mengaku tidak bersalah hantar komunikasi lucah

BUTTERWORTH, 30 Mei- Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen Butterworth atas tuduhan menghantar komunikasi lucah kepada seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Alias Mahmud yang berusia 58 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh menggunakan aplikasi tersebut secara sedar menggunakan satu nombor membuat dan memulakan penghantaran komunikasi teks yang lucah sifatnya kepada satu nombor telefon lain dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 8 November 2016, pukul 7.58 malam di kilang Penfabric Sdn Bhd, Perai Free Industrial Zone 1, dalam daerah Perai.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Muktimeria 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) Akta yang sama.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM1,500 kepada tertuduh.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Nazrul Nizam Mohd Zameri.

Noor Aini menetapkan 26 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

(Foto hiasan)

Media Baharu