fb fb fb fb fb

Kertas Putih Kesihatan dibawa ke Kabinet minggu depan

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 30 Mei - Kertas putih Kesihatan akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet minggu depan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata selepas mendapat persetujuan Kabinet, Kertas Putih Kesihatan itu akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

(Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa)

"Kita telah pun mendapat persetujuan daripada kabinet, hanya sekarang ini kena bentang di kabinet dulu kemudian baru kita boleh bawa ke Parlimen," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) di sini, pada Isnin.

Mengulas isu kekurangan jururawat dalam institusi kesihatan swasta, Dr Zaliha berkata keadaan itu berkemungkinan disebabkan permasalahan pengagihan dan memerlukan langkah peruntukkan semula.

"Kita kena ada perjumpaan bukan hanya sekali tapi beberapa kali untuk melihat beberapa perkara yang melibatkan pengambilan ataupun keperluan jururawat daripada luar ini untuk membantu sektor swasta alam meningkatkan perkhdimatan mereka," kata Dr. Zaliha.

Media Baharu