fb fb fb fb fb

Pemandu treler maut terbabas

(Seorang maut dalam kemalangan di Kilometer 371.7 Lebuh Raya Utara
Selatan 
(PLUS) arah selatan, malam tadi/ FOTO JBPM)

MUALLIM, 2 Februari- Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan dipandunya terbalik di kilometer 371.7, Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan, berdekatan Slim River, malam tadi.

Kejadian itu mengorbankan Mohd. Nor Afzam Mukhtar, 36, di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, maklumat kemalangan itu diterima pada pukul 11 malam membabitkan sebuah treler yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kajang.

Katanya, siasatan awal mendapati, nahas berlaku selepas treler dipandu mangsa dibrek secara mengejut kerana terdapat sebuah kenderaan di hadapannya.

“Kejadian itu menyebabkan kenderaan berat berkenaan hilang kawalan lalu terbabas melanggar dan terseret di besi pembahagi tengah jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya.

Pihak bomba menggunakan peralatan menyelamat dan dibantu dua unit kren bagi mengalihkan treler sehingga mangsa dapat dikeluarkan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat dan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


(Anggota bomba membantu mengeluarkan pemandu treler yang tersepit/ FOTO JBPM)

Media Baharu