fb fb fb fb fb

Kejadian kepala air: JBPM Kelantan kenal pasti lokasi peranginan berisiko

(FOTO FAIL)

KOTA BHARU, 2 Februari- Hampir 10 lokasi peranginan serta perkelahan di Kelantan, dikenal pasti berisiko berlakunya kejadian kepala air.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri, Zainal Madasin berkata antara lokasinya, Air Terjun Gunung Stong, Kuala Krai dan kawasan peranginan di daerah Jeli.

Justeru, sebagai persediaan beliau berkata pihaknya akan melaksanakan pemantauan setiap hari di lokasi-lokasi terbabit.

"Kalau yang di pantai saya nyatakan tadi Bachok, mereka ke arah pantai ataupun kebakaran tapi Dabong dan juga Jeli dan Kemahang dia akan dipantau kawasan itu, lagi-lagi sekarang dia telah dibuka kepada pelancong. Di bukit Stong ini kita lagi proaktif berada di sana untuk memantau" katanya.


(Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin)

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Perbarisan Tahunan JBPM Negeri Kelantan di Tunjong, Kota Bharu.

Zainal turut menasihatkan orang ramai yang ingin menjalankan aktiviti di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada serta merujuk laporan cuaca harian bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

Media Baharu