fb fb fb fb fb

Pemandu lori maut kemalangan kendiri

Foto JBPM Sarawak

ENGKILILI , 27 MAC - Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan kendiri di Kuari Engkilili Sri Aman pada Rabu.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerusi satu kenyataan memaklumkan mangsa merupakan seorang lelaki berusia 54 tahun dikenali sebagai Seblie anak Jerandeng.

Pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian tersebut pada pukul 6.52 petang dan sepasukan bomba dari Balai Penyelamat Sri Aman ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah lori membawa muatan batu.

"Setelah melakukan “size-up” , didapati seorang mangsa iaitu pemandu lori masih tersepit dan dalam keadaan tidak sedarkan diri", jelas kenyataan berkenaan.

Tindakan operasi dilakukan dengan bantuan jengkaut untuk mengalihkan lori batu tersebut dan mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD