
JOHOR BAHRU, 24 Januari – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam kabin kren, di sebuah tapak pembinaan di Jalan Seri Austin Empat, Johor Bahru.
- Mayat dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk menentukan punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut.
- Korban ialah operator menara kren berumur 33 tahun yang ditemui tidak sedarkan diri pada ketinggian 45 meter.
- JBPM menggunakan 'bucket stretcher' dan set tali untuk membawa mangsa turun dari lokasi tinggi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, lelaki tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi, dan tiada unsur jenayah, atau kesan kecederaan dikesan pada tubuh badan.
Mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail, bagi menentukan punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut.

Sementara itu, Komander daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor memberitahu, lelaki berkenaan berumur 33 tahun, bekerja sebagai operator menara kren, ditemui tidak sedarkan diri pada ketinggian 45 meter.
Pasukan Keluaran Operasi menggunakan unit ‘bucket stretcher’ dan set tali, untuk membawa lelaki berkenaan turun.