fb fb fb fb fb

Pemandu kereta catat kemalangan maut tertinggi di Terengganu

Foto RTM

KUALA NERUS, 27 November - Pemandu kereta mencatatkan jumlah tertinggi kemalangan maut jalan raya di Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin memaklumkan, dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, 199 kematian membabitkan 187 kemalangan yang direkodkan dan diikuti penunggang motosikal, sebanyak 171 kes dengan jumlah kematian 193 orang.

Menurutnya, jumlah kemalangan dicatatkan di seluruh negeri ini adalah sebanyak 11, 237 kes kemalangan, membabitkan 401 kematian.
 
Manakala, kemalangan maut melibatkan lori pula mencatatkan empat kes dengan jumlah kematian seramai empat orang, dan pejalan kaki melibatkan kematian sebanyak dua orang.
 
Mengulas lanjut, faktor utama adalah berpunca dari kecuaian akibat tidak mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya ditetapkan
 
"Daripada jumlah kes kemalangan tersebut, 367 kes melibatkan kemalangan maut; kemalangan parah 94 kes; kemalangan ringan, 244 kes dan kemalangan rosak pula melibatkan 10,532 kes," katanya selepas menyempurnakan Program Kesedaran Keselamatan Jalan Raya P-Hailing dan Keselamatan Komuniti 2024 di Dewan Auditorium, Stadium Tertutup Gong Badak.
 
Beliau turut menasihatkan pengguna supaya berhati-hati ketika memandu kenderaan atau menunggang motosikal di jalan raya semasa musim tengkujuh.

Trainee2