fb fb fb fb fb

Pemalsuan sijil vaksinasi, MMA mahu hukuman paling berat kepada yang terlibat


KUALA LUMPUR, 19 Januari
- Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes pengeluaran sijil vaksinasi COVID-19 palsu dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Presiden MMA, Dr Koh Kar Chai dalam kenyataan menegaskan, hukuman paling berat harus dikenakan kerana ia kesalahan serius yang boleh membahayakan nyawa orang ramai.

Beliau berkata, MMA akan menyokong tindakan paling tegas dikenakan terhadap mana-mana pengamal perubatan yang didapati terbabit dalam tindakan jenayah dan tidak bertanggungjawab itu.

Menurutnya, lesen pengamal berdaftar boleh dibatalkan oleh Majlis Perubatan Malaysia.

Unit Penguatkuasaan Kemudahan Swasta di Kementerian Kesihatan juga perlu mengambil langkah tegas lain seperti penutupan premis serta-merta dan mendakwa mereka yang terlibat di mahkamah.

Ujarnya, MMA tidak membenarkan mereka yang terlibat mencalarkan nama baik dan reputasi profesion itu.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan kepada MMA berhubung sijil vaksinasi palsu menerusi e-mel, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Media Baharu