fb fb fb fb fb

Lebih 74,000 KIR terkesan banjir gelombang pertama terima BWI -NADMA

PUTRAJAYA, 19 Januari - Seramai 74,285 atau 64.1 peratus Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan banjir monsun timur laut (MTL) gelombang pertama telah menerima bayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI).

Manakala 36,639 KIR lagi masih dalam proses pembayaran.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)memaklumkan, bagi banjir gelombang kedua, sejumlah RM5.792 juta atau 54.4 peratus BWI telah diagihkan sementara 4,891 KIR masih belum menerima agihan bantuan tersebut.

"RM124.5 juta bagi agihan BWI telah disalur kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

"Manakala sejumlah RM25 juta telah diperuntuk bagi bantuan pembelian keperluan asas kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dengan setiap KIR akan menerima RM2,500," katanya dalam satu kenyatan.

Media Baharu