fb fb fb fb fb

Pemain industri pelancongan disaran terus guna RM - MOTAC

(FOTO HIASAN)

SUBANG JAYA, 23 Jun - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyarankan semua pemain industri pelancongan untuk terus yakin menggunakan mata wang Malaysia (RM) bagi caj bilik penginapan dan perkhidmatan kepada pelancong.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata sekiranya mata wang dolar Amerika Syarikat (USD) digunakan ia tidak memberi jaminan untuk terus kukuh dalam memberi manfaat kepada industri berkenaan.

(Datuk Seri Tiong King Sing)

"Saya berpandangan kita mesti mempunyai keyakinan dengan negara kita sendiri dan mesti ingat sekarang USD kukuh, tetapi belum tahu selama mana nilai mata wang ini akan kekal, mana tahu suatu hari nanti semua orang tidak mahu lagi menggunakan mata wang ini...apa yang akan berlaku?," kata King Sing pada Khamis.

King Sing berkata demikian susulan hasrat Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) yang mahu mengenakan caj bilik dalam matawang USD bagi mengurangkan kos yang lebih tinggi untuk pembayaran gaji pekerja dan caj elektrik.

Media Baharu