fb fb fb fb fb

Kes saman: Mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta kepada PKR

(Datuk Zuraida Kamaruddin/ BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 23 Jun- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamaruddin, membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.

Hakim, Datuk Akhtar Tahir membenarkan saman PKR itu selepas mendapati bon tersebut merupakan kontrak yang sah dan mengikat.

Mahkamah juga memerintahkan Zuraidah untuk membayar kos RM50,000.

Saman difailkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 28 September 2020.

Ia bagi menuntut RM10 juta daripada Datuk Zuraida kerana didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya dengan parti itu.

Kenyataan tuntutan PKR mengatakan bahawa Zuraida telah menandatangani bon RM10 juta berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.


(Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail/ BERNAMA)

Media Baharu