MUAR, 27 Julai - Pemilihan Muar, Johor sebagai lokasi Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025, merupakan pengiktirafan kepada negeri itu.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sejarah menunjukkan Johor adalah satu satu penyumbang kepada proses mendapatkan kemerdekaan dahulu.
"Saya percaya bahawa erti kemerdekaan yang sebenar bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga merangkumi usaha membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu. Dalam masa yang sama, kita perlu membebaskan rakyat daripada belenggu kemiskinan, melepaskan mereka daripada beban kos sara hidup, serta menjamin hak untuk hidup dengan bermaruah sebagai warganegara di tanah air ini," katanya
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Dataran Tanjung Emas di Muar, hari ini.