fb fb fb fb fb

Pelukis Iran catat rekod dunia hasilkan lukisan Piala Dunia terbesar

DOHA, 12 Disember- Seorang pelukis kelahiran Iran menzahirkan keterujaan menyaksikan Piala Dunia Qatar menerusi lukisan yang unik.

Emad Salehi menampilkan seni lukisan kanvas seluas padang bola sepak atau 9,652 meter persegi sehingga berjaya mencatat rekod dunia.

Lukisan tersebut diinspirasikan daripada sejarah Piala Dunia, serta menampilkan pemain terkenal seluruh dunia.

(Emad Salehi menghasilkan lukisan seluas padang bola sepak yang diinspirasikan daripada sejarah Piala Dunia / Foto AFP)

Salehi menggunakan lebih 3,000 liter cat dan 150 jenis berus cat untuk menghasilkan karya tersebut.

Lukisan berkenaan siap pada 7 Disember lalu dengan mengambil masa lima bulan.

Media Baharu