BUKIT KATIL, 19 April- Pelbagai inisiatif dilakukan bagi memastikan pengguna tidak terbeban dengan harga barangan keperluan.
Tidak ketinggalan seorang peniaga di Melaka yang menurunkan harga barangan menjelang syawal ini pada Program Jualan Syawal Melaka Madani di sini.
Menurut peniaga Munish Nedunsalian, "kita apa yang kita boleh bantu untuk inisiatif kerajaan kita akan bantu juga, sebab apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ada buat program-program macam ini.
"Kita dipelawa untuk menyertai program tersebut selain daripada harga-harga runcit kawalan macam bawang, kentang, ikan bilis dan lain-lain barang itu semua saya secara individu saya akan kurangkan."
Sementara itu, bagi pengguna Nor Shida Abdullah berharap program sedemikian dapat diadakan pada setiap minggu dan disertai lebih ramai lagi peniaga.
"Kempen ini bagus untuk rakyat memandangkan kita dalam zaman kegawatan banyak yang tidak ada kerja. Jadi membantulah rakyat untuk menjimatkan kos. Lagipun raya nak dekatkan jadi bagus jugak dan berbaloi."
Selain itu, bagi Jamilah Samah, "kira membantulah bagi orang yang biasa-biasa ini, tidaklah mahal sangat. Saya bersyukurlah ada Program Rahmah ini."
(Program Jualan Syawal Melaka Madani di Bukit Katil)