fb fb fb fb fb

Pelantikan Pengerusi PEDi mampu rancakkan lagi aktiviti dan gerak kerja

(FOTO RTM)

KOTA BHARU, 24 Jun-Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Perpaduan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) diharap dapat merancakkan lagi aktiviti dan gerak kerja pusat itu.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ia sekaligus meningkatkan ekonomi digital setempat melalui penglibatan komuniti di sekitar PEDi.

"Di Kelantan terdapat 72 PEDi bagi membantu selesaikan masalah masalah Internet, masalah ekonomi.

"Rakyat perlu merasai sendiri nikmat keterlibatan dalam ekonomi digital", katanya selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Perpaduan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya Fahmi berkata, sehingga kini 72 PEDi telah dibangunkan di Kelantan dengan jumlah keseluruhan pengguna mencecah lebih 133,000 orang.

Manakala 2,294 merupakan usahawan aktif PEDi dan lebih 259,000 penyertaan latihan PEDi telah direkodkan di negeri itu.




(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil/FOTO RTM)

Media Baharu