fb fb fb fb fb

RM 18.9 juta peruntukan buat program keusahawanan KEMAS

(FOTO RTM)

KUALA TERENGGANU, 24 Jun-Sejumlah RM18.9 juta diperuntukkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi program keusahawan, tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi berkata, ia bagi meningkatkan taraf sosial ekonomi kira-kira 1,500 usahawan di seluruh negara.

Peruntukan berkenaan untuk menyediakan pelbagai latihan bagi melahirkan usahawan setiap tahun.
 
Antara bidang kemahiran disediakan termasuk jahitan, masakan, pendidikan keluarga, komputer dan seni tangan menerusi program ‘Quick Win’.

"Pelbagai program dirangka KEMAS menfokuskan usahawan rintis bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan.

"Mungkin selepas berjaya mereka akan pinjam dengan MARA, jadi kita atasi masalah berkenaan", katanya demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Masuk Kampung di Kampung Pulau Manis dekat Serada di sini pada Jumaat.

Tiada syarat kelayakan akademik ditetapkan bagi mereka yang ingin mengikuti kursus kemahiran tersebut.


(Ketua Pengarah KEMAS, Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi/FOTO RTM)

Media Baharu