fb fb fb fb fb

Pelantikan Ketua Audit Negara teratur - AGC

AGC maklumkan pelantikan Datuk Seri Wan Suraya sebagai Ketua Audit Negara teratur, tiada keperluan dibersarakan. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 Julai - Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menjelaskan Ketua Audit Negara boleh dilantik dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.

Perkara itu berdasarkan Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan subperenggan 1(1) Jadual Pertama kepada Akta Audit 1957 (Akta 62).

Menerusi satu kenyataan, AGC memaklumkan, merujuk kepada Fasal (2) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan, apabila Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilantik sebagai Ketua Audit Negara berkuat kuasa 13 Jun 2023, beliau tidak lagi memegang apa-apa pelantikan lain dalam perkhidmatan Persekutuan.

Oleh itu, beliau tidak lagi menjadi anggota skim perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

“Meskipun beliau tidak lagi menjadi anggota skim perkhidmatan PTD, Ketua Audit Negara masih terus menjadi anggota perkhidmatan awam am berdasarkan Seksyen 3 Akta 62.

“Memandangkan pelantikan beliau sebagai Ketua Audit Negara adalah teratur, maka tiada keperluan untuk beliau dibersarakan demi kepentingan negara,” kata kenyataan itu.

KHAIRUL AMRI BIN YASIN