KUALA LUMPUR, 31 Julai -Pelantikan auditor luar antara langkah penambahbaikan yang dicadang dalam kontrak konsesi baharu bermula tahun 2026.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini bagi memastikan kualiti kerja penyelenggaraan jalan raya berada pada tahap terbaik.
Beliau memaklumkan ia antara skop perjanjian baharu yang kini sedang dirangka.
"Kami letakkan skop baharu dicadangkan dalam perjanjian syarikat konsesi yang akan dilantik tahun depan untuk dimasukkan pelantikan auditor luar "external auditor" supaya kualiti kerja-kerja yang dikenalkan oleh syarikat konsesi ini lagi adalah boleh kita harapkan dengan lebih terjamin lah kualitinya berbanding sekarang," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pendang,Datuk Awang Hashim di Dewan Rakyat.
Katanya langkah itu merupakan antara inisiatif kerajaan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.