fb fb fb fb fb

Pelancong asing tiba di PMA Sarawak perlu lalui saringan suhu badan

Foto Fail

KUCHING, 14 Januari- Semua pengembara dari luar negara yang tiba di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Sarawak perlu melalui proses saringan suhu badan.

Mereka yang didapati bergejala akan diberi slip untuk ujian COVID-19 di klinik swasta atau kerajaan.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, sekiranya positif pengembara akan menjalani kuarantin di premis penginapan dan diurus mengikut Garis Panduan Pengurusan COVID-19.

Jika didapati negatif namun bergejala, pengembara dinasihatkan memakai pelitup separuh muka terutama di tempat orang ramai, perhimpunan atau tempat sesak.

Keputusan pelaksanaan itu seperti digariskan Kementerian Kesihatan 6 Januari lalu setelah menilai situasi COVID-19 dan peningkatan jumlah individu lengkap vaksinasi di Sarawak.

Mereka yang berisiko digalak mendapatkan vaksinasi bagi mengurangkan jangkitan serius dan kematian.


(Foto Hiasan/Fail)

Media Baharu