fb fb fb fb fb

Bekalan telur ayam mencukupi di Melaka

BANDARAYA MELAKA, 14 Januari- Bekalan telur ayam kembali pulih di Melaka susulan kemasukan bekalan import dari India baru-baru ini.

Namun pengguna terutama peniaga kuih raya dinasihatkan tidak membuat pembelian secara pukal menjelang musim perayaan untuk menyimpan bekalan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri Norena Jaafar berkata tiada had jualan ditetapkan kepada pengguna.

Bagaimanapun, peniaga berhak menentukan jumlah kuantiti yang boleh dibeli pengguna supaya bekalan tidak terjejas.

Beliau terdahulu melakukan pemeriksaan tanda harga di gerai di Jonker Walk, Melaka.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, 22 kes kesalahan kepenggunaan di bawah pelbagai akta di bawah KPDN direkodkan di Melaka bermula 1 Januari lepas.

Sebanyak RM4,800 kompaun dikenakan dan denda RM250 atas pelbagai kesalahan.


(Foto Fail)

Media Baharu