fb fb fb fb fb

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Perlis meriah

KANGAR, 30 Julai- Lebih 500 peserta menyertai pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri yang berlangsung di Denai Larian Pengkalan Asam

Program dimulakan dengan berjalan kaki Keluarga Malaysia Melangkah Bersama sekitar Denai Larian.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dalam ucapan pelancarannya berkata Keluarga Malaysia Teguh Bersama membawa maksud cukup besar dalam keluarga berbilang kaum yang wujud.

Perpaduan antara kaum dapat mewujudkan kestabilan dalam negara yang mana menjadi prinsip utama untuk melangkah ke hadapan mendepani segala cabaran mendatang.

Dalam 64 tahun kemerdekaan negara, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dan kini kemajuan dan pembangunan negara menyelusuri setiap kawasan seluruh negara.

Dalam konteks negeri Perlis, kerajaan akan terus membangunkan negeri dan mengharapkan sokongan masyarakat untuk bersama-sama dalam pembangunan negeri yang mampu memberj manfaat bersama.


(Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man (tengah) pada majlis pelancaran Bulan Kebangsaan
dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Perlis di Denai Larian)

Media Baharu