KUALA LUMPUR, 19 April - Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pelaksanaan pelan itu sejak Disember tahun lepas mendapati peningkatan pelancong sebanyak 861,000 untuk Januari, Februari dan Mac.
Peningkatan pelancong dari kedua-dua negara itu dijangka menjana kepada unjuran nilai sebanyak RM 6 bilion bagi semua rangkaian termasuk perhotelan, pengangkutan dan restoran.
Katanya pelancongan merupakan sektor yang rancak dan perlu disokong dengan kemudahan-kemudahan yang baik untuk menyambut kehadiran yang ramai.
Menurutnya lagi KDN kini ke arah "face recognition" atau "barcode" bagi memudah dan mengelakkan kesesakkan di pintu sempadan.
Beliau berkata adalah menjadi sasaran KDN untuk menyelesaikan keadaan di semua pintu masuk sempadan negara, dan mengharapkan hasil lebih baik.
Datuk Seri Saifuddin Nasution kini sedang dalam lawatan kerja tiga hari di Bangkok, Thailand