fb fb fb fb fb

Kapal MT Layar Anggun terbakar sebelum hanyut

Foto APMM

JOHOR, 19 April - Kapal MT Layar Anggun 8 berdaftar dari Tanzania, dilaporkan mengalami kebakaran sebelum hanyut ketika berada di kedudukan 5.6 batu nautika Tenggara Pulau Lima, Johor pada 16 April lalu.

Kejadian dimaklumkan kepada Zon Maritim Tanjung Sedili menerusi email daripada Vessel Traffic Management System, VTMS Pasir Gudang.
 
Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Nurul Hizam Zakaria dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya mengatur gerak sebuah kapal dan bot ronda bagi memberikan bantuan kepada kapal yang berdaftar dari Tanzania itu.
 
Bagaimanapun kapal berkenaan dilapor hanyut memasuki perairan Pulau Bintan, Indonesia.
 
"12 kru kapal berjaya diselamatkan pihak berkuasa Singapura di kedudukan 9.5 batu nautika Timur Tanjung Punggai, Johor, berikutan kedudukannya yang paling hampir untuk memberikan bantuan," katanya menerusi kenyataan itu.
 
Kru kemudiannya diserahkan kepada ejen kapal.
 
Kapal tersebut masih berada di peraiaran Pulau Bintan dan kebakaran berjaya dikawal dan dipadam pihak berkuasa Indonesia.
 

TETITIA YUSOFF