fb fb fb fb fb

Pelan Anti Rasuah Organisasi di semua PBT di Negeri Sembilan

(FOTO HIASAN)

SEREMBAN, 11 Januari- Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan diminta menyediakan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) untuk membolehkan ia dapat dilaksana sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata penyediaan OACP itu penting bagi membolehkan Pelan Anti Rasuah Negeri Sembilan (ARNS) dapat dilaksanakan sepenuhnya di semua peringkat pentadbiran dalam negeri.

Jelas beliau, perkara itu penting bagi sebuah negeri yang berjaya mencatatkan pelaburan luar antara yang tertinggi.

Sehingga kini, Majlis Bandaraya Seremban adalah PBT pertama yang sudah mempunyai OACP.

Semua PBT dalam negeri diminta bersedia untuk melaksanakan OACP agar Pelan Anti Rasuah Negeri Sembilan dapat dilaksanakan sepenuhnya di semua peringkat pentadbiran.

"Kerajaan negeri tidak akan bertanggungjawab kepada sesiapa yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa.kerajaan negeri amat komited dengan langkah abc ni. ini dapat dilihat melalui Pelan Anti Rasuah Negeri
Sembilan 2020-2024 yg jd sumber rujukan signifikan dan komprehensif,"kata Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Bengkel Kefahaman dan Pematuhan Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Seremban.

Seramai 700 peserta kalangan ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Sembilan menyertai bengkel sehari itu.


(Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun)

Media Baharu