fb fb fb fb fb

Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir tidak akan dibatalkan, ditambah baik

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

AYER KEROH, 12 Januari- Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir, Melaka tidak akan dibatalkan, sebaliknya pelbagai penambahbaikan terutamanya dari aspek penyuraian trafik akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, penilaian menyeluruh akan dilakukan terutama melibatkan jalan dan laluan alternatif.

Mengulas lanjut, beliau mengakui pelaksanaan zon bebas itu memberi kesan kepada pelbagai pihak, namun memberi jaminan ianya bersifat sementara dan akan memberi pulangan dalam tempoh akan datang.

"Ia percubaan, kita akan menilai dan semestinya penilaian ini akan diberikan penilaian semula selepas berjalannya kaedah ini dalam tempoh tiga atau empat bulan. Tidak, kita akan kawasan red square ini kita tetap akan tutup, cuma jalan pilihan ini akan kita tambah nilai", katanya pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 bertemakan ‘Bijak Memimpin, Berani Bertindak’ di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Terdahulu, pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan yang kini dipanjangkan pada hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad itu mendapat tentangan pelbagai pihak.

ROSLINA BINTI DIN