(Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said ketika menggulungÂ
perbahasan RUU Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021)
KUALA LUMPUR, 19 Julai - Pelaksanaan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM30.6 juta.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata ia berdasarkan jumlah pesalah yang menjalani hukuman berkenaan seramai 6,800 orang.
Jelas beliau kos seorang banduan PKW adalah sebanyak RM50 sehari seperti kos makanan, latihan, kemudahan asas dan perubatan.
"Perintah Kehadiran Wajib merupakan hukuman alternatif di luar tembok penjara yang dijatuhkan mahkamah kepada pesalah yang lakukan kesalahan tertentu di mana pesalah dikehendaki menjalankan kerja wajib untuk kepentingan masyarakat," jelas beliau ketika menggulung perbahasan RUU Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.
Pindaan RUU berkenaan bagi memperkasakan inisiatiaf pemenjaraan di luar tembok penjara melalui program pemulihan dalam komunti.
"Dengan wujudnya PKW ini pesalah juga boleh meneruskan kehidupan harian tanpa menjejaskan kebajikan dan keluarga semasa jalani PKW ini, selain itu dapat kurangkan kesesakan penjara, elak penularan penyakit berjangkit dalam penjara," menurut Ismail.
(Wakil Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika sesi perbahasan RUU Majlis Pembangunan Wilayah
Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022)
Dalam pada itu, ketika sesi perbahasan RUU Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022; wakil Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah isu banjir susulan Segamat menjadi lokasi baharu dalam ECER.
Jelas beliau apabila tiba sahaja musim hujan , Segamat menjadi kawasan pertama dilanda banjir.
Justeru besar harapan penduduk agar masalah banjir diselsaikan dengan pemberian peruntukan yang sewajarnya.
"Yang kedua ialah mereka ingin mohon bangunkan kawasan pertanian, agenda jaminan bekalan makanan untuk daerah Segamat selain Mersing dalam ECER, .'food security' (keselamatan makanan) perlu banyak lagi, makanan haiwan, industri agro makanan jadikan kawasan agro pelancongan ini semua antara cadangan-cadangan yang mereka nyatakan," kata Ahmad Maslan.
Apabila Segamat dimasukan dalam ECER katanya, ia akan melibatkan 197,762 penduduk di tiga parlimen iaitu Sekijang, Segamat dan Labis.