fb fb fb fb fb

Pelaksanaan hukum hudud perlu persediaan dan pendidikan awam yang rapi

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 22 Julai - Pelaksanaan undang-undang jenayah syariah dalam ruang lingkup sedia ada penting sebagai persediaan ke arah pelaksanaan hukuman hudud yang lebih meluas dan menyeluruh.

Penyelidik Pusat Polisi Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Muhammad Fathi Yusof berkata persediaan yang rapi serta pendidikan awam juga diperlukan bagi mengelakkan masyarakat salah faham tentang pelaksanaan hukum tersebut.

(Profesor Madya Dr. Muhammad Fathi Yusof)

"Cabaran yang besar sekali adalah dari sudut ruang yang diberikan kepada pihak berkuasa agama untuk memperkenalkan undang-undang yang berkaitan dengan hudud dan qisas.

"Bagi memberi ruang pelaksanaanya, terdapat dua pilihan sama ada memberikan kuasa kepada kerajaan negeri untuk membuat undang-undang bagi kesalahan berkenaan dalam konteks hudud ataupun melakukan perubahan kepada undang-undang diperingkat persekutuan," katanya ketika ditemui selepas Persidangan Meja Bulat Kajian Hudud, Qisas dan Diyat anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di sini.

Tambah Fathi, perjalanan ke arah pelaksanaan undang-undang Islam menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 bakal melalui cabaran yang besar dari pelbagai sudut.

Media Baharu