fb fb fb fb fb

Langkawi diiktiraf pulau terbaik Asia Tenggara

(FOTO HIASAN)

ALOR SETAR, 22 Julai - Langkawi terdiri daripada gugusan 99 pulau di luar pantai Kedah, merangkul anugerah peringkat antarabangsa 'Asia Best Awards 2022' dan diiktiraf satu daripada Pulau Terbaik di Asia Tenggara baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib berkata anugerah itu membuktikan usaha dan dedikasi berterusan pihaknya terutama sepanjang pandemik iaitu semasa ketibaan pelancong ke pulau itu berada pada tahap kurang memuaskan.

(Foto hiasan)

Katanya, kejayaan manis itu turut diiringi berita gembira apabila Four Seasons Resort Langkawi turut menerima anugerah The Best Beach and Upcountry Hotel in Malaysia 2022.

"Walaupun berdepan pelbagai cabaran, kami tetap optimis dan memikul tanggungjawab memastikan pulau ini berdaya tahan dalam perjalanannya ke arah pemulihan dan kekal menjadi destinasi pelancongan pilihan ramai," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Nasaruddin, sebagai agensi perintis dalam pembangunan pelancongan Langkawi, LADA memainkan peranan penting untuk menjadikan Langkawi destinasi pelancongan bertaraf dunia yang terkenal seperti sekarang.

Media Baharu