fb fb fb fb fb

Pelajar USAS lemas di air terjun Batu Hampar

(Foto Bomba Perak)

KUALA KANGSAR, 7 Jun- Seorang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) lemas ketika mandi di kawasan air terjun Batu Hampar di Hutan Simpan Laneh Padang Rengas, di sini, pagi tadi

Mangsa, Muhamad Arif Arsyad Md Salleh, 23, sebelum itu berkelah di kawasan air terjun berkenaan bersama 10 rakannya yang lain. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat awal berhubung kejadian diterima pihaknya pada pukul 11.19 pagi. 

Mangsa dipercayai lemas ketika sedang mandi sebelum dibawa naik oleh rakan-rakannya. 

Rawatan awal telah diberikan oleh anggota bomba.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak ambulans dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar. 

(Foto Bomba Perak)

Media Baharu