fb fb fb fb fb

Sum Yee hilang, Wisma Putra sudah hubungi Thailand

(Chong Sum Yee, 22)

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Wisma Putra telah berhubung dengan Kementerian Luar Thailand mengenai kes kehilangan seorang wanita warga Malaysia, Chong Sum Yee di wilayah Chiang Rai.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pasukan keselamatan kawasan itu juga telah dimaklumkan bagi mengambil langkah segera bagi mengenal pasti kedudukan mangsa.

"Kita sudah berhubung dengan Kementerian Luar Thailand bagi memaklumkan tentang kehilangan seorang gadis dari Malaysia. Pihak tersebut juga telah mengambil tindakan dengan berhubung pihak keselamatan di sana bagi membantu mengesan lokasi mangsa," katanya pada sidang media di Parlimen.

Sum Yee, 22, dilapor berlepas ke Chiang Mai pada 29 Mei lalu.

Mangsa melakukan perjalanan sejauh 250 kilometer (km) ke daerah utara Mae Sai, selain masih berhubung dengan keluarganya ketika berada di Thailand.

Kali terakhir mangsa dapat dihubungi pada pukul 10.30 pagi (waktu tempatan), 1 Jun lalu.

(Zambry Abdul Kadir)

Artikel berkaitan:
Wanita Malaysia hilang di Thailand

Media Baharu